Monday, April 25, 2011

ReHLaH SeBeNTaR~~~oHoiii!!~~~

semangat bangun awl pagi...
bangun2...xyah da mandi2 ni...wat lambat je..huhu
mesti tertanya2...ape yg aku nk ceritakan an2..
haha...hari ahad(semalam)...aku ng geng2 aku..
sume dah ready nk g berkelah...
huhu..location tempat baik punyerr!!~~
teratak riverview Sungai Samak~~
kitorang wat mcm2...
bbq lah...lawan polo water laa~~
yang paling best..leh ngusik2..monyet atas pokok..huhu!!~~
dari pukul 10 sampai la pukul3...
memang gempak laaa..
mandi sampai kecut!!~~haha
2 je la nk cite..karang2 panjang2 kang..nek muak lak korang bace an2!!~~
pe2 punnn!!~~enjoy!!!~~~
bertungkus sume..perut da keroncong~!!

berjoging kowt!!~~huhu keja monyet!!~~




masa awal ni..haha..

sempat ag posing!!~~padahal da lapa~~

yg belakang nung!!~ngah men bola air~~

makanan ktorang!~~huk2

ape yg penting!!~KERJASAMA~~

Saturday, April 23, 2011

~~PuaN DiREkTOr~~13/4/2011

huhu...
pertama kasi menjadi direktor...
bukan satu keje yg senang...
berkali-kali tulis skrip..
rasa xsesuai bako je...huhu
tapi semangat rakan-rakan seperjuangan yang lain..
untuk hasilkan sebuah teater yang terbaik..
menjadi semangatku jua~~TQ
all My FrenZ...especely pelakon-pelakon semua..


















korang memang terbaik lah~~

SANGKAR KASIH CINTA ABAH(part 3)


“ Fadhli dan Faridah mahu jadi apa besar nanti?”
            Suatu petang cerah bersama angin sepoi-sepoi bahasa abah bertanya dengan nada yang perlahan. Abah penat dan wajahnya membayangkan keletihan tak terhingga. Namun demi meladeni dua anaknya, abah menggagahi sebuah senyuman indah. Keringat meleleh di pipi lesung pipitnya yang tidak berapa kelihatan kerana tua dan meniris dahi. Berkilat garing kulit abah dibakar mentari. Duhai...tidak kasihankah mentari pada abahku ini? Fadhli dan Faridah anak harapan abah dan emak.
Begitu besar harapan abah dan emak dalam mendewasakan mereka. Pada bahu mereka tergalas sebuah cita- cita nan murni. Abah dan emak tahu keupayaan dua anak ini. Abah sedikit tidak meragui. Emak jauh sekali mahu merasa sangsi. Fadhli dan Faridah merupakan dua beradik kembar berselang lima minit sahaja tempoh kelahiran mereka. Kembar tidak seiras juga berlainan jantina. Kembar yang bijak dan cerdik minda kurniaan Ilahi.
            Lebih daripada itu, mereka kembar yang sejak memanaskan bangku sekolah belum pernah sekali mencalarkan harapan emak dan abah. Semenjak melangkah masuk darjah satu hingga kini di darjah tiga, dua anak ini sentiasa di hadapan. Berkongsi nombor satu di dalam kelas. Semua yang mengetahui mencemburui kepandaian dua beradik ini. Mereka berdua menjadi sumber semangat anak- anak kecil yang lain untuk turut bangkit berjaya. Dua beradik ini turut berkongsi hadiah kerajinan tanpa culas. Berkongsi anugerah murid cemerlang yang sentiasa berada dikedudukan teratas.
            Kembang hati abah apabila namanya disebut- sebut kerana kebaikan dan kejayaan yang dilakukannya. Muhammad Fadhli Bin Ismail, Faridah Binti Ismail. Berkali- kali kedua anak kembar itu menghiasi pentas sekolah. Namun, ada bisik- bisik iri hati yang mengiringi. Ada mata- mata cemburu turut membuntuti. Ada cebek bibir yang menjuh dengki atas kesungguhan dua beradik kembar ini. Tapi bagi abah dan emak, anak- anak kelahiran mereka memang berkeupayaan untuk meraih semua ini atas kesungguhan mereka sendiri. Tidak sedikit pun abah meninggi diri dengan penghargaan yang diberikan oleh kedua anak ini.
            ‘Lagi- lagi anak dia! Lagi- lagi anak dia!’
            Abah, ketahuilah anak abah semua sayangkan abah. Harta- harta abah bermula dengan Abang Long dan Kak Ngah, diikuti oleh Fadhzlan, Fadhillah, Farhan, Fazdliana, Fauzi, Farhana, Fuad Awatif, Fatin Syarha, Farid dan Fasihah, semua tidak sanggup untuk menyakiti hati abah. Sakit hati abah sakit jualah yang kami rasa. Kami semua sedar, jika emak sendiri tidak pernah sekali cuba meninggikan suara beremosi; kepada abah, apatah lagi menghentak kaki dan menuding jari, maka siapalah kami. Bagi kami, syurga memang ditelapak kaki emak; namun syurga emak ditelapak kaki abah. Kami diasuh untuk mentaati emak dan abah. Kami diasuh untuk menjadi anak yang taat bukannya derhaka, abah.